Wednesday, 9 March 2011
Persiapan Sambutan Hari Thaipusam
Pada 19.01.2011 ahli DAP Cawangan Taman Nesa membuat persiapan awal sambutan "Hari Thaipusam" dengan melukis "KOLAM"."KOLAM" mula dilukis pada jam 10.00 malam, dari kanan adalah saudara Murugan dan dari kiri adalah saudari Sujatha.
Selepas siap melukis, langkah mewarna pula dimulakan. Dari kiri adalah saudara Kumar dan dari kanan adalah saudari S.Kogilavani (Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa).
Ini adalah rupa "KOLAM" yang telah siap.Walaupun letih kerana ia menelan masa sehingga 1.30 pagi, kami berasa gembira dengan hasil kerja kami. SYABAS kepada saudara Murugan, S.Kogilavani, Sujatha dan Kumar.
Pada pagi "Hari Thaipusam" kerja pemasangan khemah dijalankan. KUAT sungguh ahli DAP Cawangan Taman Nesa sehingga boleh mengangkat khemah yang telah siap dipasang dari hujung deretan kedai ke hadapan pejabat Cawangan DAP Taman Nesa.
Ini adalah rupa khemah DAP yang separuh siap, ahli DAP Cawangan Taman Nesa masing-masing sibuk dalam kerja menghias khemah tersebut.
Sambutan " Hari Thaipusam" adalah untuk DEWA MURUGAN oleh itu patung DEWA MURUGAN diletakkan sebagai tanda penghormatan serta dengan niat agar semua kerja yang dilakukkan direstuinya serta berjalan lancar tanpa halangan. Dari kiri adalah saudara Murugan dan dari kiri adalah saudara Munikrishnan.
Kumpulan ahli DAP Cawangan Taman Nesa yang berkerja keras dalam kerja pemasangan dan kerja menghias khemah. Dari kiri adalah saudara Kesevan, Ricky, Devaraj, Ganesa, Murugan, Ramesh dan Munikrishnan.
Ahli DAP Cawangan Taman Nesa sibuk mengagihkan makanan & minuman . Pelbagai makanan jenis makanan & minuman diedarkan di khemah DAP Cawangan Taman Nesa.
Kebanyakkan penduduk Taman Nesa berkumpul di khemah DAP bagi menyempurnakan sembahyang mereka.
Perarakkan DEWA MURUGAN pun sampai di khemah DAP Cawangan Taman Nesa.Bayangkan betapa indahnya suasana ketika ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment