Pada 19.01.2011 ahli
DAP Cawangan Taman Nesa membuat persiapan awal sambutan
"Hari Thaipusam" dengan melukis
"KOLAM"."KOLAM" mula dilukis pada jam 10.00 malam, dari kanan adalah saudara
Murugan dan dari kiri adalah saudari
Sujatha.
Selepas siap melukis, langkah mewarna pula dimulakan. Dari kiri adalah saudara
Kumar dan dari kanan adalah saudari
S.Kogilavani (
Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa).
Ini adalah rupa
"KOLAM" yang telah siap.Walaupun letih kerana ia menelan masa sehingga 1.30 pagi, kami berasa gembira dengan hasil kerja kami.
SYABAS kepada saudara
Murugan,
S.Kogilavani,
Sujatha dan
Kumar.
Pada pagi
"Hari Thaipusam" kerja pemasangan khemah dijalankan.
KUAT sungguh ahli
DAP Cawangan Taman Nesa sehingga boleh mengangkat khemah yang telah siap dipasang dari hujung deretan kedai ke hadapan pejabat
Cawangan DAP Taman Nesa.
Ini adalah rupa khemah
DAP yang separuh siap, ahli
DAP Cawangan Taman Nesa masing-masing sibuk dalam kerja menghias khemah tersebut.
Sambutan
" Hari Thaipusam" adalah untuk
DEWA MURUGAN oleh itu patung
DEWA MURUGAN diletakkan sebagai tanda penghormatan serta dengan niat agar semua kerja yang dilakukkan direstuinya serta berjalan lancar tanpa halangan. Dari kiri adalah saudara
Murugan dan dari kiri adalah saudara
Munikrishnan.
Kumpulan ahli
DAP Cawangan Taman Nesa yang berkerja keras dalam kerja pemasangan dan kerja menghias khemah. Dari kiri adalah saudara
Kesevan, Ricky, Devaraj, Ganesa, Murugan, Ramesh dan Munikrishnan.
Ahli
DAP Cawangan Taman Nesa sibuk mengagihkan makanan & minuman . Pelbagai makanan jenis makanan & minuman diedarkan di khemah
DAP Cawangan Taman Nesa.
Kebanyakkan penduduk Taman Nesa berkumpul di khemah
DAP bagi menyempurnakan sembahyang mereka.
Perarakkan
DEWA MURUGAN pun sampai di khemah
DAP Cawangan Taman Nesa.Bayangkan betapa indahnya suasana ketika ini.