Wednesday 27 July 2011

Sambutan Hari Keluarga Anjuran DAP Cawangan Taman Nesa



Pada 23/7/2011, DAP Cawangan Taman Nesa telah menganjurkan 

"Sambutan Hari Keluarga"

Pelbagai acara telah dianjurkan bagi golongan muda hingga dewasa dan tidak lupa juga kepada kanak-kanak istimewa. 




Acara Baling Bola Ke Dalam Bakul untuk kanak-kanak Istimewa






Acara Kerusi Bermusik untuk kanak-kanak Istimewa



Pertandingan Mewarna untuk kanak-kanak berumur dari 4-6 tahun





Pertandingan Bawa Bungkusan Manik untuk kanak-kanak berumur dari 7-9 tahun


 
Pertandingan Bawa Bola Ping Pong untuk kanak-kanak berumur dari tahun 7-9 tahun

Pertandingan Baling Bola ke dalam Bakul untuk kanak-kanak berumur 10-12 tahun

Pertandingan Lari dengan Tali Skipping untuk kanak-kanak berumur dari 10-12 tahun




 Pertandingan Lari dalam Guni untuk kanak-kanak yang berumur dari 12 tahun



 Pertandingan Kutip Beras untuk remaja dan wanita dewasa




Pertandingan Bola Sepak 7 Sebelah



  Acara Pecah Belangga untuk lelaki dan wanita dewasa


Hadiah-hadiah yang menanti untuk para pemenang...

( MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH )
Ketibaan YB ONG KOW MENG Adun DAP Senai selaku Naib Pengerusi Negeri Johor. Saudara MURUGAN dari Cawangan Taman Nesa mengkalungkan bunga kepada beliau sebagai tanda penghormatan.
 Ketibaan semua disambut dengan mainan gendang India (Uremi Mellam). Wakil dari PKR serta PAS telah dijemput untuk meriahkan lagi majlis ini.
Acara diteruskan dengan persembahan tarian
Ucapan daripada Ketua Pemuda PAS Gelang Patah

Ucapan daripada YB ONG KOW MENG Adun DAP Senai 
 
Acara diteruskan dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang
Enak menjamu selera
Saya S.Kogilavani selaku Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa merakamkan ribuan terima kasih kepada semua AJK cawangan saya yang telah menjayakan majlis. Saya juga rasa terharu keatas sumbangan yang telah diberikan untuk majlis ini.




Thursday 31 March 2011

Makan Malam Anjuran DAP Cawangan Bentayan

Pada 20.3.2011 jam 7.00 malam Majlis Makan DAP Cawangan Bentayan diadakan. Majlis ini berlansung di Dewan Yong Sheng, Muar Johor Bahru. Kami DAP Cawangan Taman Nesa turut hadir serta telah menempah 2 meja di majlis tersebut.

YB Gwee Tong Hiang (Adun Bentayan) telah menjemput Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa  
S. Kogilavani untuk memberi Ucapan dalam Bahasa Tamil di Majlis Makan Malam ini.


Ahli-ahli DAP Cawangan Bentayan menunggu kehadiran para V.I.P serta para hadiran. Para V.I.P diberi penghormatan dengan tarian "Singa".

 

Tibalah giliran Pengerusi DAP Taman Nesa S.Kogilavani memberikan ucapan beliau. Beliau memberi ucapan dalam Bahasa Tamil diikuti dalam Bahasa Malaysia.



Sambil menjamu selera, semua hadiri mendengar ucapan yang diberikan.Dari kiri YB Gwee Tong Hiang, Ahli Parlimen Bakri Er Teck Hwa dan diikuti saudari S.Kogilavani Pengerusi DAP Taman Nesa.



Kami DAP Cawangan Taman Nesa mengucapkan "syabas" kepada YB Gwee dan ahli-ahlinya yang menjayakan majlis ini.

Wednesday 30 March 2011

Perasmian Cawangan Baru DAP Di Melaka

Pada 26/12/2010, YB Guna telah merasmikan Cawangan DAP Baru di Melaka, kami DAP Cawangan Taman Nesa turut serta.

Perbincangan mengenai hal-hal politik di sebuah restoran di Melaka. Kedua dari kanan YB Guna, saudara Murugan dan saudara Munikrishnan.

Tuesday 29 March 2011

Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah Di Rumah Anak Yatim


 

Pada 26/12/2010 kami DAP Cawangan Taman Nesa telah dijemput hadir ke satu lagi Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah di Rumah Anak Yatim. Majlis ini berlansung di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
Dari kanan YB Prof. Dr. P. Ramasamy, saudara Murugan (Setiausaha DAPSY serta AJK Kawasan Parlimen Gelang Patah) dan saudara Munikrishnan.


Dari kiri adalah saudara Siva dan saudara Satish, menyusun barangan yang akan di berikan kepada anak-amak yatim tersebut.

 
B Prof. Dr. P. Ramasamy menyampaikan pakaian seragam sekolah, beg, kasut sekolah serta peralatan tulis kepada anak-anak yatim tersebut.Keriangan begitu terserlah di muka anak-anak yatim itu.

Gambar kumpulan bersama YB Prof. Dr. P.Ramasamy dan kakitangan serta bersama anak-anak yang tersayang diambil untuk buat kenangan kami dari Johor.

Di Majlis tersebut salah seorang daripada kakitangan YB, merayakan "Sambutan Harijadi" bersama anak-anak yatim. Pengerusi DAP, S.Kogilavani membuat persiapan untuk upacara pemotongan kek.

Semua hadirin menyanyi lagu "Selamat Harijadi" kepada beliau. Suasana begitu riang sekali.
 
Upacara pemotongan kek...

Bersama YB Prof. Dr. P.Ramasamy di Pulau Pinang




Pengerusi (S.Kogilavani) Cawangan DAP Taman Nesa telah membuat lawatan ke Pulau Pinang. Kami dijemput hadir ke Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah Kepada Pelajar Sekolah Rendah Seberang Perai Utara. Ini adalah sumbangan dari Lembanga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang. Majlis ini dirasmikan oleh YB . PROF .DR. P. RAMASAMY.Majlis ini telah berlansung di DEWAN SRI MAHA MARIAMMAN, Butterworth
.

YB. Prof. Dr. P. Ramasamy bersama Encik Murugan (Setiausaha DAPSY serta AJK Kawasan Parlimen Gelang Patah).


YB. Prof. Dr. P. Ramasamy , Encik Murugan dan Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa.


YB. Prof. Dr. P. Ramasamy merasmikan Majlis dengan ucapan beliau. Dalam ucapan tersebut beliau menyatakan banyak perubahaan telah dilakukan di Pulau Pinang. Diantaranya, tender terbuka, pengambilan orang India dalam sektor kerajaan, dimana sejak 15 tahun pengambilan orang India dalam sektor amat berkurangan sekali.

YB. Prof. Dr. P. Ramasamy, Encik Murugan serta Encik Jeya (Setiausaha YB. Prof. Dr. P. Ramasamy).


YB. Prof. Dr. P. Ramasamy memberikan sumbangan bernilai RM10,000.00 kepada adik M. Shangari untuk perbelanjaan kos pelajarannya. Adik M. Shangari telah kehilangan ibu-bapanya dalam satu kemalangan.
 
 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy, menyampaikan Pakaian Seragam Sekolah Kepada Pelajar Sekolah Rendah Seberang Perai Utara. Pelajar-pelajar ini sangat gembira menerima sumbangan daripada tangan YB. Prof. Dr. P. Ramasamy. Suasana ketika itu sungguh ceria sekali.



Setelah selesai Majlis tersebut kami dihidang dengan makanan dan minuman.Kami berasa bertuah kerana telah mendapat peluang untuk bersama YB Prof. Dr. P. Ramasamy. (Ketua Menteri II Pulau Pinang)