Tuesday 29 March 2011

Bersama YB Prof. Dr. P.Ramasamy di Pulau Pinang




Pengerusi (S.Kogilavani) Cawangan DAP Taman Nesa telah membuat lawatan ke Pulau Pinang. Kami dijemput hadir ke Majlis Penyampaian Pakaian Seragam Sekolah Kepada Pelajar Sekolah Rendah Seberang Perai Utara. Ini adalah sumbangan dari Lembanga Wakaf Hindu Negeri Pulau Pinang. Majlis ini dirasmikan oleh YB . PROF .DR. P. RAMASAMY.Majlis ini telah berlansung di DEWAN SRI MAHA MARIAMMAN, Butterworth
.

YB. Prof. Dr. P. Ramasamy bersama Encik Murugan (Setiausaha DAPSY serta AJK Kawasan Parlimen Gelang Patah).


YB. Prof. Dr. P. Ramasamy , Encik Murugan dan Pengerusi DAP Cawangan Taman Nesa.


YB. Prof. Dr. P. Ramasamy merasmikan Majlis dengan ucapan beliau. Dalam ucapan tersebut beliau menyatakan banyak perubahaan telah dilakukan di Pulau Pinang. Diantaranya, tender terbuka, pengambilan orang India dalam sektor kerajaan, dimana sejak 15 tahun pengambilan orang India dalam sektor amat berkurangan sekali.

YB. Prof. Dr. P. Ramasamy, Encik Murugan serta Encik Jeya (Setiausaha YB. Prof. Dr. P. Ramasamy).


YB. Prof. Dr. P. Ramasamy memberikan sumbangan bernilai RM10,000.00 kepada adik M. Shangari untuk perbelanjaan kos pelajarannya. Adik M. Shangari telah kehilangan ibu-bapanya dalam satu kemalangan.
 
 YB. Prof. Dr. P. Ramasamy, menyampaikan Pakaian Seragam Sekolah Kepada Pelajar Sekolah Rendah Seberang Perai Utara. Pelajar-pelajar ini sangat gembira menerima sumbangan daripada tangan YB. Prof. Dr. P. Ramasamy. Suasana ketika itu sungguh ceria sekali.



Setelah selesai Majlis tersebut kami dihidang dengan makanan dan minuman.Kami berasa bertuah kerana telah mendapat peluang untuk bersama YB Prof. Dr. P. Ramasamy. (Ketua Menteri II Pulau Pinang)

No comments:

Post a Comment